Tuesday, January 24, 2017

Kastam Muatnaik Soalan Ke Laman Web



Jabatan Kastam Di Raja Malaysia (JKDM) akan memuat naik soalan yang kerap di tanya dengan jawapan berkaitan cukai barang dan perkhidmatan (GST) di laman webnya untuk membantu peserta industri lebih bersedia menjelang tarikh pelaksanaan cukai itu mulai 1 April ini.

Contoh soalan kastam juga boleh di baca melalui laman web coach kerjaya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, garis panduan GST yang melibatkan semua sektor, serta keputusan terkini yang di ambil juga boleh didapati di laman web.

Banyak penjelasan di perlukan selepas menemui persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan. Semua penjelasan itu akan dimuat naik pada laman web tersebut.

Beliau berkata, isu berkaitan jualan hartanah komersial dan kekeliruan mengenai nilai perolehan tahunan GST akan turut di jelaskan dengan terperinci di laman web.

Di tanya mengenai status perkembangan GST, cukai dengan kadar enam peratus yang akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada sebanyak 12 peratus, beliau berkata, kerajaan masih mengadakan pertemuan dengan beberapa industri yang memerlukan penjelasan lanjut.

Mengenai kompaun RM15,000 di kenakan ke atas syarikat yang enggan mendaftar GST menjelang 1 Mac, katanya, kementerian tidak mempunyai statistik berhubung perkara itu lagi berikutan JKDM hanya mula mengenakan penalti tersebut lima hari lepas.